Discography Slideshow

Leave a comment

TripAdvisor™ TripWow ★ Discography Slideshow ★ to Kuala Lumpur by Jart Hassan. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor

via Discography Slideshow.

Advertisements

Acara menarik oleh Jazz Ampang dan PJ State Jazz Comm.

Leave a comment

Semenjak akhir-akhir ini, semakin banyak acara muzik jazz diadakan di sekitar KL. Apatah lagi bahang Java Jazz di Indonesia pun dah mula terasa. Tapi apa yang menariknya, acara-acara ini bersifat komuniti dan percuma! Jadi tak payah kita nak melangok di kelab-kelab jazz dan buang beratus ringgit juz nak layan jazz. Datang je ke tempat acara-acara begini dah boleh layan dah. Bagus gak diorang buat event macam ni, setidak-tidaknya masyaraka akan lebih tahu apa itu muzik jazz dan yang seangkatan dengannya. Ya lah, berapa kerat lah sangat dikalangan kita yang mampu nak nongkrong di kelab-kelab jazz tu tiap-tiap malam kan?

Jadi lebih baik dibawak muzik itu ke kalangan masyarakat marhaen daripada nak paksa diorang datang ke kelab, betul tak? Okey, kat sini ada dua event best yang saya nak kongsi. Satu oleh Jazz Ampang dan satu lagi oleh PJ State Jazz Comm. Sebenarnya Jazz Ampang dah dua tiga kali buat event ni tapi saya asyik terlepas je nak buat review. Bulan lepas saya dah terkandas di Tenang masa balik mengundi dek kerana banjir, masa tu jugak lah Jazz Ampang ni buat event. PJ State Jazz Comm plak baru start nak buat balik selepas berehat beberapa bulan ni. Mungkin kerana momentum dari Jazz Ampang kot yang buatkan diorang pun semangat nak buat event lagi.

Open Jam @ Dagang Avenue - All Style, All Genre

Tarikh : 20 Februari 2011

Tempat : Dagang Avenue FoodCourt, Taman Dagang, Ampang (dekat Balai Polis Daerah Ampang Jaya, Galaxy Ampang)

Masa : 8.30pm – 12.00pm

Organizer

Tu dia! Buat pun kat food court. Senang nak order makan dan minum, pilihan pun banyak. Untuk maklumat lanjut sila ke link di bawah ni:

http://www.facebook.com/event.php?eid=192931424069219

Poster acara

Ni lagi satu event tapi oleh PJ State Jazz Comm plak. Segala maklumat ada kat poster tu. Tapi kalau nak tau lebih lanjut sila ke link dibawah ni:

http://www.facebook.com/event.php?eid=151294001594244

Itulah dia dua event yang saya kira menarik untuk kita ikuti pada bulan Feb ni. Yang penting dua-dua event ni FREE!! Dan menurut mereka-mereka yang pernah mengikuti acara-acara ni sebelum ini, ramai nama-nama besar yang turun memeriahkan acara. Best tu!! So tak yah nak pening2 kepala fikir, kita jumpa di sana, okay?

KONSERT INSPIRASI JOE BURNMARK – 25th Years Anniversary (1986-2011)

Leave a comment

JOE BURNMARK adalah merupakan gitaris era 80’an. Beliau memulakan karier menerusi album JUARA-JUARA ROCK bersama kumpulan BURNMARK. Anak jati LABIS, JOHOR ini juga adalah gitaris rock pertama MALAYSIA yang merakamkan album solo gitar (intrumental) pada tahun 1990 dengan judul JOE JASAD LIAR. Dari situ bermulalah karier beliau sebagai instrumentalis, komposer, sessionist, penerbit, penulis lagu dan lirik sehingga kini.

Poster Konsert

Konsert Inspirasi Joe Burnmark adalah manifestasi kesinambungan karier serta karya beliau dari era 80’an yang berterusan hingga kini.

Artis-artis yang bakal menyampaikan karya-karya beliau adalah:

1. Mus May – Hullahoop
2. Isa Handy Black – Run For The Night
3. Afee Utopia – Merebut Waktu Yang Ketinggalan
4. Hatta Junction – Asmara
5. Jeff Burnmark – Secebis Rayuan & Makan Hati Ulam Jantung
6. Ucop AVDT – Dendam Cinta
7. Rahim Getback – Idola & Superstar
8. Nasir Teras – Selamat Malam
9. Baha Abdul – Lagu Tanpa Melodi
10. Jart Hassan FIELDPLAYERS – Ajal (Akustik)
11. Instrumental – Tuju-tuju & Simfoni

PENGANJUR : JOE BURNMARK MANAGEMENT & FP ENTERTAINMENT MANAGEMENT.

HARGA TIKET : RM 70 (TERHAD UNTUK 300 TEMPAT DUDUK SAHAJA).
BAGI PEMBELIAN AWAL MENERUSI TEMPAHAN.
(RM 100 bagi pembelian semasa hari konsert)

SEBAHAGIAN DARI HASIL KUTIPAN TIKET AKAN DIDERMAKAN KE:

MA’AHAD TAHFIZ AKADEMI IQRO’ AL QURAN
(Asrama Anak Yatim, Fakir Miskin & Asnaf Fi Sabilillah)
No.5, Jalan Avenue 1, Avenue Ampang
68000 Ampang, Selangor.

Untuk tempahan sila hubungi :

Joe – 013 609 4177
Jart – 012 353 7816

Menurut saya harga tiket konsert ini cukup murah dengan penampilan artis-artis ternama tanahair disatu pentas. Satu peluang yang tidak sepatutnya dilepaskan oleh peminat-peminat rock tegar di Malaysia. Konsert ini bersifat eksklusif dan terhad kepada 300 tempat duduk sahaja. Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini serta pahatkan nama anda di acara bersejarah ini.

Jazz Ampang @ Dagang Avenue

Leave a comment

another positive effort for the community

Jazz Ampang community and Dagang Avenue Food Court Management (DAFC) proudly brought to you this wonderful event for soul quencher. Numbers of musicians (mostly in Jazz music) will be flocking in to have a nite full of blue notes and soul satisfying music. Special treat for all customers of DAFC on this special nite! Besides music, there will be lucky draws to be given away to lucky customers. But what’s most important is that you won’t have to pay a cent! All you have to do is dine in and order any kind of food that you loved from a wide varieties of food stalls that are here in DAFC. Details of the event :

Date : 27th November 2010 (Saturday)

Time : 9.00pm – 12.00am

See you all there!!

Music Aid 2010 : Satu Usaha Positif

Leave a comment

Persatuan Karyawan Malaysia menerusi Biro Pemuzik Profesional akan menganjurkan sebuah konsert amal bertempat di Dewan Sivik, Petaling Jaya pada 21hb November 2010 bermula jam 3 petang hingga lewat malam. Konsert amal ini adalah bertujuan untuk mengumpul dana bagi tabung Pemuzik khusus untuk membantu pemuzik-pemuzik yang sedang dilanda kesulitan dan musibah hidup. Ini merupakan suatu usaha yang sangat positif dan seharusnya disokong oleh seluruh pencinta muzik tanah air. Bersama kita saling bantu membantu demi masa depan yang lebih gemilang!!

Music Aid 2010

Sumbangan minimum yang dkenakan kepada para penonton adalah RM 30 sahaja. Cukup murah untuk persembahan yang menampilkan artis-artis ternama tanahair disatu pentas!!

RIAU HITAM – PUTIH “BI–ANNUAL DISCUSSION CREATIVITY ON ETHNIC MUSIC”

1 Comment

Malay Music Institute (MMI) bersama Taman Budaya Riau, pada tanggal 21 Juli 2010 ini akan menggelar RIAU HITAM – PUTIH “BI–ANNUAL DISCUSSION CREATIVITY ON ETHNIC MUSIC”. Kegiatan diskusi dalam musik etnik ini rencananya akan digelar di Rumah Teater Ibrahim Sattah Taman Budaya Riau Pekanbaru, pukul 13:30 wib. Hadir sebagai narasumber pada diskusi ini adalah Ben M. Pasaribu (Medan), DR. Alex Dea (USA) dan Jart Hassan dari (Kuala Lumpur – Malaysia). Saat ditemui diruang kerjanya, Hari Sandra Hasan (Director of Malay Music Institute menjelaskan bahwa “ini adalah kesempatan yang sangat baik yang sayang jika dilewatkan oleh musisi – musisi kota Pekanbaru” dan beliau secara khusus menghimbau para seniman musik pekanbaru, bukan hanya seniman musik etnik namun juga seniman musik kini untuk dapat hadir pada event dimasud.

Sedianya kegiatan ini juga akan menghadirkan Prof. DIETER MACK dari JERMAN sebagai pembicara, seperti yang telah kami sampaikan pada tulisan kami sebelumnya, namun karena hal ke imigrasian, rencana itu urung terlaksana. (mmi)

JART HASSAN (ME) GIVING A MUSIC WORKSHOP

PROF. ALEX DEA (ETHNIC MUSICOLOGIST)

HARI SANDRA HASAN (DIRECTOR OF MMI)-LEFT, PROF. BEN M. PASARIBU-RIGHT

 

PARTICIPANTS

ANALYZING THE MELODY STRUCTURE

sumber : http://malaymusic.wordpress.com/2010/07/20/riau-hitam-putih-bi%E2%80%93annual-discussion-creativity-on-ethnic-music/

NO BLACK TIE 12TH ANNUAL CELEBRATION WEEK

Leave a comment

CATCH ALL THIS GREAT PERFORMANCES ONLY AT NO BLACK TIE THIS MONTH OF OCTOBER…

NIGHTS THAT YOU WOULD NOT WANT TO MISS!!

Older Entries