Semenjak akhir-akhir ini, semakin banyak acara muzik jazz diadakan di sekitar KL. Apatah lagi bahang Java Jazz di Indonesia pun dah mula terasa. Tapi apa yang menariknya, acara-acara ini bersifat komuniti dan percuma! Jadi tak payah kita nak melangok di kelab-kelab jazz dan buang beratus ringgit juz nak layan jazz. Datang je ke tempat acara-acara begini dah boleh layan dah. Bagus gak diorang buat event macam ni, setidak-tidaknya masyaraka akan lebih tahu apa itu muzik jazz dan yang seangkatan dengannya. Ya lah, berapa kerat lah sangat dikalangan kita yang mampu nak nongkrong di kelab-kelab jazz tu tiap-tiap malam kan?

Jadi lebih baik dibawak muzik itu ke kalangan masyarakat marhaen daripada nak paksa diorang datang ke kelab, betul tak? Okey, kat sini ada dua event best yang saya nak kongsi. Satu oleh Jazz Ampang dan satu lagi oleh PJ State Jazz Comm. Sebenarnya Jazz Ampang dah dua tiga kali buat event ni tapi saya asyik terlepas je nak buat review. Bulan lepas saya dah terkandas di Tenang masa balik mengundi dek kerana banjir, masa tu jugak lah Jazz Ampang ni buat event. PJ State Jazz Comm plak baru start nak buat balik selepas berehat beberapa bulan ni. Mungkin kerana momentum dari Jazz Ampang kot yang buatkan diorang pun semangat nak buat event lagi.

Open Jam @ Dagang Avenue - All Style, All Genre

Tarikh : 20 Februari 2011

Tempat : Dagang Avenue FoodCourt, Taman Dagang, Ampang (dekat Balai Polis Daerah Ampang Jaya, Galaxy Ampang)

Masa : 8.30pm – 12.00pm

Organizer

Tu dia! Buat pun kat food court. Senang nak order makan dan minum, pilihan pun banyak. Untuk maklumat lanjut sila ke link di bawah ni:

http://www.facebook.com/event.php?eid=192931424069219

Poster acara

Ni lagi satu event tapi oleh PJ State Jazz Comm plak. Segala maklumat ada kat poster tu. Tapi kalau nak tau lebih lanjut sila ke link dibawah ni:

http://www.facebook.com/event.php?eid=151294001594244

Itulah dia dua event yang saya kira menarik untuk kita ikuti pada bulan Feb ni. Yang penting dua-dua event ni FREE!! Dan menurut mereka-mereka yang pernah mengikuti acara-acara ni sebelum ini, ramai nama-nama besar yang turun memeriahkan acara. Best tu!! So tak yah nak pening2 kepala fikir, kita jumpa di sana, okay?

Advertisements