Persatuan Karyawan Malaysia menerusi Biro Pemuzik Profesional akan menganjurkan sebuah konsert amal bertempat di Dewan Sivik, Petaling Jaya pada 21hb November 2010 bermula jam 3 petang hingga lewat malam. Konsert amal ini adalah bertujuan untuk mengumpul dana bagi tabung Pemuzik khusus untuk membantu pemuzik-pemuzik yang sedang dilanda kesulitan dan musibah hidup. Ini merupakan suatu usaha yang sangat positif dan seharusnya disokong oleh seluruh pencinta muzik tanah air. Bersama kita saling bantu membantu demi masa depan yang lebih gemilang!!

Music Aid 2010

Sumbangan minimum yang dkenakan kepada para penonton adalah RM 30 sahaja. Cukup murah untuk persembahan yang menampilkan artis-artis ternama tanahair disatu pentas!!

Advertisements