GUITAR WAR!!

Leave a comment

WATCH TWO LEGENDS IN ROCK GUITAR DISPLAYING THEIR MAGNIFICENT TALENT IN A SHOW THAT YOU HAVE NEVER SEEN BEFORE!!

MAN KEEDAL VS JOE BURNMARK LIVE ON STAGE!!

I BELIEVE…

Leave a comment

Birth Certificate shows that we were born
A Death Certificate shows that we died
Pictures show that we lived!
Have a seat . . . Relax . . . And read this slowly.

I Believe…

That just because two people argue, It doesn’t mean they don’t love each other.
And just because they don’t argue, It doesn’t mean they do love each other.


I Believe…
That we don’t have to change friends if we understand that friends change.


I Believe…
That no matter how good a friend is, they’re going to hurt you every once in a while and you must forgive them for that.


I Believe…
That true friendship continues to grow, even over the longest distance.

Same goes for true love.

I Believe…
That you can do something in an instant
That will give you heartache for life..


I Believe…
That it’s taking me a long time
To become the person I want to be.


I Believe…
That you should always leave loved ones with Loving words. It may be the last time you see them.


I Believe…
That you can keep going long after you think you can’t.


I Believe…
That we are responsible for what
We do, no matter how we feel..


I Believe…
That either you control your attitude or it controls you.


I Believe…
That heroes are the people who do what has to be done when it needs to be done, regardless of the consequences.


I Believe…
That money is a lousy way of keeping score.


I Believe…
That my best friend and I, can do anything, or nothing and have the best time.


I Believe…
That sometimes the people you expect to kick you when you’re down, will be the ones to help you get back up.


I Believe…
That sometimes when I’m angry I have the right to be angry,
But that doesn’t give me the right to be cruel.


I Believe….
That maturity has more to do with what types of experiences you’ve had And what you’ve learned from them and less to do with how many birthdays you’ve celebrated.


I Believe…
That it isn’t always enough, to be forgiven by others.

Sometimes, you have to learn to forgive yourself.

I Believe…
That no matter how bad your heart is broken the world doesn’t stop for your grief.


I Believe…
That our background and circumstance
s may have influenced who we are,
But, we are responsible for who we become.


I Believe…
That you shouldn’t be so eager to find
Out a secret. It could change your life Forever.


I Believe…
Two people can look at the exact same
Thing and see something totally different.


I Believe…
That your life can be changed in a matter of
Hours by people who don’t even know you.


I Believe…
That even when you think you have no more to give, when
A friend cries out to you – you will find the strength to help.


I Believe…
That credentials on the wall do not make you a decent human being.


I Believe…
That the people you care about most in life are taken from you
too soon.

I Believe…
That you should send this to all of the people that you believe in, I just did.


‘The happiest of people don’t necessarily have the best of everything;
They just make the most of everything.


Thank you God for all the wonderful people who help us throughout the journey of life…

May Angels guard you and guide you

WARISAN

Leave a comment

Do you love your country? Are you the future heritage of your people/nation/country? For all the malays all over the globe, please read this lyrics and if you know how to sing it, please do so. But if you don’t, try to understand the meaning…..

WARISAN

anak kecil main api

terbakar hatinya yang sepi

airmata darah bercampur keringat

bumi dipijak milik orang

nenek moyang kaya raya

tergadai seluruh harta benda

akibat sengketa sesamalah kita

cinta lenyap diarus zaman

indahnya bumi kita ini

warisan berkurun lamanya

hasil mengalir ketangan yang lain

pribumi merintih sendiri

masa depan sungguh kelam

kan lenyap peristiwa semalam

tertutuplah hati terkunci mati

maruah peribadi dah hilang

kini kita cuma tinggal kuasa

yang akan menentukan bangsa

bersatulah hati bersama berbakti

pulih kembali harga diri

kita sudah tiada masa

majulah dengan maha perkasa

janganlah terlalai teruskan usaha

MELAYU KAN GAGAH DINUSANTARA

MELAYU KAN GAGAH DINUSANTARA

MELAYU KAN GAGAH DINUSANTARA

KISAH SI PENDAYUNG SAMPAN

Leave a comment

Suatu hari, seorang professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menyewa sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor tersebut memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.

Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyangkannya; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali.
Pendayung sampan itu mendongak ke langit. Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, “Hmm… nampaknya hari nak hujan ni.”

“Ok… semua sudah siap, mari kita balik ke darat”, kata Professor itu.

Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan.

“Berapa lama dah kamu kerja mendayung sampan?”, tanya Professor itu.

“Hampir sepanjang hidup saya”, jawab pendayung sampan itu.

“Seumur hidup kamu?”, tanya Professor itu lagi.
“Ya”, jawab si pendayung ringkas.

“Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?”, tanya Professor itu.

Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya.

Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, “Kamu tahu geografi?”

Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.

“Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu.”

Kata Professor itu lagi, ‘Kamu tahu biologi?’

Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.

“Kasihan… kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?”

Professor itu masih lagi bertanya.

Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala.

‘Kalau begini, kasihan… kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu. Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu. Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan”, kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh.
Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.

Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik. Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya,

“Kamu tahu berenang?”

Professor itu menggelengkan kepala.

“Kalau macam ini, kamu bakal kehilangan 100 peratus nyawa kamu”, kata pendayung sampan itu sambil berenang sendirian menuju ke pantai.

Morale of the Story:

Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan. Tak guna kalau kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup. Adakala nya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi ‘master’ dalam bidang yang diceburi.
Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri, untuk apakah ilmu yang dikumpulkan jika bukan untuk digunakan dan boleh digunakan.

Hikmat Inspirasi:

Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian..
Usaha sempurna adalah kemenangan. InsyaAllah.

ANTARA BARANG LAMA DAN ORANG LAMA

Leave a comment

Ada satu perkara yang aku nak share….

Semalam aku melepak dengan member lama dari kumpulan Rock yang terkenal juga di Era 80’an. Diorang bercerita perihal job yang diorang dapat baru-baru ini. Bermain di Cafe 3 hari seminggu. Aku kata oklah tu, at least korang masih ada pengikut dan peminat. Kalu tak, takkan cafe tu nak korang perform kat tempat dia. Best tu memang best la bak kata diorang, tapi yang tak bestnya, ada ke patut tokey cafe tu nak bayar diorang RM 50 sorang untuk sehari. Aku pun terkejut….

Kadang-kadang aku pun naik heran dengan mentaliti org2 kat Malaysia ni. Asal orang lama je, nak bayar murah. Lepas tu murah yang terlampau-lampau. Ingat apa? Diorang tu telah mendedikasikan hidup diorang untuk muzik, untuk bagi korang-korang ni hiburan. Praktis macam nak mati sebab nak jadi bagus, korbankan masa bertahun-tahun nak menguasai alat muzik tu supaya boleh bagi korang hiburan yang terbaik (bak kata member aku pun ” 20 tahun aku buang umur aku berlatih macam nak pengsan, sampai masa ko nak bagi aku RM 50 je?”…

Nak kata orang-orang kat sini bangang pun, tapi dah merdeka 50 tahun lebih? Takkan bangang lagi kot?!! Asyik fikir korang punya untung je..abis tu orang-orang muzik takde tanggungan ke? Takda anak bini yang nak dikasi makan ke? Bila kita dah ketandusan lagu-lagu yang best, artis-artis yang best, pandai pulak korang komplen…sampai bermati-matian dok support artis negara lain pulak. Artis sendiri ko buat macam anjing!! Come on la, kita dah lama merdeka beb, patutnya kepala otak pun dah merdeka jugak. Aku ni orang kampung beb, tapi kepala aku taklah ‘kampong’ sangat macam korang…

Bila bab beli barang, tau pulak korang barang lama tinggi nilainya sampai sanggup berhabis ribuan sampai jutaan semata-mata nak collect barang2 lama. Amik gitar je lah, lagi lama lagi mahal harganya , betul tak? Alasannya, kayu dah masak lah, ton dah sedaplah, rare lah dsb nya. Abis tu kalau org lama macam mana pulak? Tak ke orang lama tu bererti mereka dah cukup masak dengan bidang yang diorang ceburi, dah cukup matang, dah cukup latihan…jadi mestilah nilainya tinggi. Macam barang antik lah. Cuba ko tanya harga seterika arang ngan seterika elektrik, mana lagi mahal? Takkan tu pun ko tak boleh nak pikir??? Ngok!!!

Entah bila la orang kita ni nak beranjak paradigma, aku pun tak tahu. Tapi kalau begini lah terus-terusan, tak mustahil muzik kat sini pupus. Habis tu, dah berabis ribuan ringgit, pegi belajo, berlatih, beli instrumen, bayar studio dsb…sampai masa nak dapat bayaran RM 50, baik jual goreng pisang!! Tak pun menoreh ke? Takkan lah korang tak boleh nak pikir, artis ni (tak kira lah muzik ke, filem ke, teater ke dsb) diorang tak tahu buat kerja lain. Yang diorang tahu nak buat dan betul2 paham adalah bidang diorang sendiri. Sama gak macam orang noreh getah, belum tentu boleh jadi nelayan atau manager kilang!! Reti??!!!

Belajar lah untuk hargai diorang-diorang ni…appreciate la sikit. Kalo diorang ni sume takde silap2 hari bulan ko bukak radio yang ko dengor orang berceloteh je..takpun ceramah politik..lain takde. Ko nak macam tu? Orang2 seni@artis ni bukannya nak apa…diorang cuma nakkan appresiasi yang lebih baik dari korang. Diorang perlukan korang..sama macam korang jugak perlukan diorang. Okay? Kalu ada yang terkecil hati baca note aku ni, aku mintak maaf bebanyak tapi yg penting aku dah sampaikan apa yang patut aku sampaikan….wassalam.