Baru-baru ini saya telah dikejutkan dengan berita yang Majlis Perbandaran Ampang Jaya hendak mengharamkan shisha di seluruh daerahnya. Biar betik beb?? Shisha sudah menjadi satu fenomena baru di kota secara khususnya dan Malaysia secara amnya. For me there is no reason to ban it. Bukannya mudarat pun malahan shisha telah merapatkan hubungan warga Malaysia antara satu sama lain. Malah secara peribadi saya banyak berkenalan dengan kawan-kawan baru hanya dengan melepak sambil layan shisha. Atas alasan apa sebenarnya shisha ni nak diharamkan? Bukannya hisap dadah pun, bukan merbahaya pun. Sekadar menikmati asap yang berperisa sahaja, malah dah terbukti kandungan nikotin dalam shisha boleh kata macam takda langsung. Malah warga asing pun ramai yang sukakan benda ni especialy orang Arab dan timur tengah. Secara tak langsung shisha juga dah menjadi satu daya tarikan untuk mereka melancong ke Malaysia. Sepanjang menjadi ‘penagih tegar’ shisha ni, belum pernah saya melihat unsur-unsur negatif dalam komunitinya. Malah saya lihat semua bangsa boleh lepak bersama sambil berbual bual ringan antara mereka. Lebih dari itu ada juga yang berbincang pasal perniagaan atau projek dengan suasana yang lebih santai dan ‘friendly’.  Secara tak langsung, seruan ‘1 MALAYSIA’ tu dah berlaku pun dalam komuniti shisha ni. Why? because they have something that they can share with. Shisha has become the ‘bond’ for multi-racial relationship. Apasal PBT tak boleh nak nampak semua ni? Ke diorang jeles sebab meniaga shisha ni tak payah permit? Alah, apa salahnya. Shisha ni secara tak langsung dah bukak satu lagi cabang rezeki buat orang-orang kita. Dan kebanyakan yang mengusahakannya pun anak-anak muda. At least dapat juga mereka ni belajar meniaga, daripada mereka buat menda tak senonoh macam merempit ke, samun ke dsb.

Menurut tinjauan, 70% dari pengusaha-pengusaha shisha adalah warga tempatan dan selebihnya adalah warga asing (Arab, Iran dsb). Tak ke MPAJ sedar dengan mengharamkan shisha, mereka akan menutup ruang ekonomi warga tempatan. Sekarang ni ekonomi pun tak berapa nak baik, kerja susah. Jangan diberat-beratkan lagi. Kita pun selalu baca dalam paper, kebanyakan mat-mat samun semua anak-anak muda. Besok kalau dah tak boleh nak meniaga, silap-silap makin ramai yang jadi penyamun juga. Zaman millenium ni hidup agak terdesak dan tertekan. Ramai yang perlukan duit. Dari apa yang saya perhatikan, daripada pengedar sehinggalah peniaga shisha, rata-rata adalah orang kita. Bayangkanlah kalau dah haram, macam mana diorang ni sume nak cari makan? Takpun macam ni, kalau betul nak haramkan shisha boleh, dengan syarat haramkan dulu kelab-kelab malam. Amacam, ada berani?

Barang-barang shisha pun diimport secara halal, siap bayar cukai lagi. Apa yang tak kenanya? Bukan nak tuduh la, tapi rasa-rasanya ada something fishy disebalik isu nak haramkan shisha ni. Mungkin ada pihak-pihak yang tertentu cuba nak menangguk di air keruh. Maklumlah, benda tengah hot. Bila nampak orang lain buat untung mulalah rasa tak puas hati. Merasakan yang mereka pun patut dapat untung juga. Ini semua penyakit-penyakit yang menjatuhkan bangsa. Tu sebab orang kita payah nak maju. pasal menda-menda macam ni lah. Nak celoteh lebih-lebih pun tak guna, dah letih dah. Apa pun isu ini antara yang sedang hangat sekarang ni dan saya sekadar melantunkan pendapat berdasarkan apa yang saya lihat. Menurut anda pula bagaimana?

Advertisements