Ada satu perkara yang aku nak share….

Semalam aku melepak dengan member lama dari kumpulan Rock yang terkenal juga di Era 80’an. Diorang bercerita perihal job yang diorang dapat baru-baru ini. Bermain di Cafe 3 hari seminggu. Aku kata oklah tu, at least korang masih ada pengikut dan peminat. Kalu tak, takkan cafe tu nak korang perform kat tempat dia. Best tu memang best la bak kata diorang, tapi yang tak bestnya, ada ke patut tokey cafe tu nak bayar diorang RM 50 sorang untuk sehari. Aku pun terkejut….

Kadang-kadang aku pun naik heran dengan mentaliti org2 kat Malaysia ni. Asal orang lama je, nak bayar murah. Lepas tu murah yang terlampau-lampau. Ingat apa? Diorang tu telah mendedikasikan hidup diorang untuk muzik, untuk bagi korang-korang ni hiburan. Praktis macam nak mati sebab nak jadi bagus, korbankan masa bertahun-tahun nak menguasai alat muzik tu supaya boleh bagi korang hiburan yang terbaik (bak kata member aku pun ” 20 tahun aku buang umur aku berlatih macam nak pengsan, sampai masa ko nak bagi aku RM 50 je?”…

Nak kata orang-orang kat sini bangang pun, tapi dah merdeka 50 tahun lebih? Takkan bangang lagi kot?!! Asyik fikir korang punya untung je..abis tu orang-orang muzik takde tanggungan ke? Takda anak bini yang nak dikasi makan ke? Bila kita dah ketandusan lagu-lagu yang best, artis-artis yang best, pandai pulak korang komplen…sampai bermati-matian dok support artis negara lain pulak. Artis sendiri ko buat macam anjing!! Come on la, kita dah lama merdeka beb, patutnya kepala otak pun dah merdeka jugak. Aku ni orang kampung beb, tapi kepala aku taklah ‘kampong’ sangat macam korang…

Bila bab beli barang, tau pulak korang barang lama tinggi nilainya sampai sanggup berhabis ribuan sampai jutaan semata-mata nak collect barang2 lama. Amik gitar je lah, lagi lama lagi mahal harganya , betul tak? Alasannya, kayu dah masak lah, ton dah sedaplah, rare lah dsb nya. Abis tu kalau org lama macam mana pulak? Tak ke orang lama tu bererti mereka dah cukup masak dengan bidang yang diorang ceburi, dah cukup matang, dah cukup latihan…jadi mestilah nilainya tinggi. Macam barang antik lah. Cuba ko tanya harga seterika arang ngan seterika elektrik, mana lagi mahal? Takkan tu pun ko tak boleh nak pikir??? Ngok!!!

Entah bila la orang kita ni nak beranjak paradigma, aku pun tak tahu. Tapi kalau begini lah terus-terusan, tak mustahil muzik kat sini pupus. Habis tu, dah berabis ribuan ringgit, pegi belajo, berlatih, beli instrumen, bayar studio dsb…sampai masa nak dapat bayaran RM 50, baik jual goreng pisang!! Tak pun menoreh ke? Takkan lah korang tak boleh nak pikir, artis ni (tak kira lah muzik ke, filem ke, teater ke dsb) diorang tak tahu buat kerja lain. Yang diorang tahu nak buat dan betul2 paham adalah bidang diorang sendiri. Sama gak macam orang noreh getah, belum tentu boleh jadi nelayan atau manager kilang!! Reti??!!!

Belajar lah untuk hargai diorang-diorang ni…appreciate la sikit. Kalo diorang ni sume takde silap2 hari bulan ko bukak radio yang ko dengor orang berceloteh je..takpun ceramah politik..lain takde. Ko nak macam tu? Orang2 seni@artis ni bukannya nak apa…diorang cuma nakkan appresiasi yang lebih baik dari korang. Diorang perlukan korang..sama macam korang jugak perlukan diorang. Okay? Kalu ada yang terkecil hati baca note aku ni, aku mintak maaf bebanyak tapi yg penting aku dah sampaikan apa yang patut aku sampaikan….wassalam.

Advertisements